SYABAS! ANDA MEMBANGGAKAN KAMI

SYABAS! ANDA MEMBANGGAKAN KAMI

Monday, May 12, 2008

EDDIE PUTRA & ARU DI LADANG ELMINA







Oleh MNS

Sungai Buloh 11 Mei 2008 - Ketua AMK Subang, saudara Eddie Putra dan Naib Ketua 1 saudara Karuna hadir dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat anjuran PKR Cawangan Ladang Elmina yang terletak di DUN Paya Jaras di sini malam tadi. Tetamu kehormat yang turut hadir terdiri daripada Ahli Parlimen Subang, YB Tuan R. Sivarasa; Ahli Parlimen Kapar, YB Tuan Manikavasagam dan Ketua Bahagian PKR Subang, Encik Amerudin Kassim.

Program yang bermula pada jam 8 malam itu diwarnai dengan persembahan tradisi masyarakat India yang beragama Hindu bersempena perayaan tahunan kuil Ladang Elmina.
Ketika diminta mengulas tentang program hari ini, saudara Eddie Putra mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh pengundi di ladang ini kerana telah membuat keputusan bijak menobatkan calon PKR, YB Tuan R. Sivarasa sebagai Ahli Parlimen Subang.

Beliau turut mengajak mereka bersama-sama YB kita dalam membangunkan kawasan setempat dari segi rohani dan jasmani. Walaupun Pakatan Rakyat tewas bagi DUN Paya Jaras, kemenangan YB Tuan Sivarasa untuk Parlimen Subang bukan datang dari satu kaum sahaja tetapi hasil sokongan kolektif daripada semua kaum yang mahukan perubahan.

Beliau turut meminta kerjsama diperkukuhkan dan memperkemas tenaga kerja serta kepakaran harus digandingkan bersama untuk menghasilkan keberkesanan gerak kerja yang berterusan. mns

No comments:

MEMORI PERJUANGAN