SYABAS! ANDA MEMBANGGAKAN KAMI

SYABAS! ANDA MEMBANGGAKAN KAMI

Sunday, April 27, 2008

EDDIE PUTRA PANGKU JAWATAN KETUA ANGKATAN MUDA PARTI KEADILAN RAKYAT (AMK) BAHAGIAN SUBANG









Oleh MNS

SUBANG 28 April 2008 - Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat (PKR) Subang, Encik Amerudin Kassim secara rasminya telah melantik saudara Mohd Radzy Mohd Aris atau lebih dikenali sebagai Eddie Putra sebagai Pemangku Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (AMK) Subang berkuatkuasa pada 20 April lalu melalui sepucuk surat pelantikan yang dikirimkan kepada saudara Halimey Abu Bakar, Ketua AMK Negeri Selangor.

Beliau turut mengulangi pengumuman pelantikan tersebut di hadapan saudara Halimey dan ahli yang hadir ketika berucap dalam satu majlis penerangan isu semasa anjuran AMK Subang di Seksyen 6 Kota Damansara yang turut dihadiri Timbalan Ketua AMK negeri, saudara Khairul Anuar Zainuddin atau lebih dikenali sebagai Jonah.

Tambah beliau, kekuatan dan gerak kerja cemerlang yang dipamerkan AMK bahagian ketika merintis kemenangan calon-calon wakil rakyat kita ketika PRU ke-12 lalu wajar diberikan perhatian sebaiknya oleh AMK negeri agar potensi mereka dapat terus diperkembangkan dan digemblengkan bersama.

Sebagai sayap kanan kepada bahagian Subang, Encik Ameruddin turut berjanji untuk memberikan komitmen beliau dalam membantu segala aktiviti AMK bahagian dengan sokongan dan dokongan penuh. Beliau berkeyakinan tinggi bahawa saudara Eddie Putra akan dapat memacu lebih laju pergerakan ini agar selari dengan objektif utama AMK pimpinan saudara Halimey di peringkat negeri.

Justeru, tambah beliau peranan dan sumbangan yang bakal saudara Eddie Putra dan teman-teman AMK Subang berikan pasti memberi impak yang bermakna kepada sosio pembangunan belia di bahagian Subang khususnya dan di negeri Selangor amnya. mns

2 comments:

Anonymous said...

Tahniah saudara Eddie! Kami di Kota Damaansara rasakan saudara adalah pilihan yang tepat. Bravo abang Amerudin kerana melantik anak muda berjiwa besar ini mengepalai AMK Subang! Semoga oportunis-oportunis murahan sedar di sini bukan gelanggang mencari 'untung'...

Anonymous said...

kami di kota bharu terharu bila baca kenyataan en. amerudin yang pilih eddie sebagai pemangku amk subang. patutnya dari dulu lagi eddie jadi ketua amk. mu, eddie buat keja sungguh-sungguh. lawan tetap lawan.

MEMORI PERJUANGAN